Skip to main content

Advertisement

Berita

RM2 Jadi Petunjuk Dompet Hilang, Apa Yang Terjadi Selepas Itu Memang Tak Disangka!

rm2 jadi petunjuk dompet hilang, apa yang terjadi selepas itu memang tak disangka!

Kadangkala, satu perbuatan kecil sudah cukup untuk menceritakan kisah yang besar.

Advertisement

Itulah yang dialami oleh Johan, yang baru-baru ini berkongsi satu pengalaman penuh makna di Threads. Selama beberapa minggu, Johan menyangka dompetnya telah hilang entah ke mana. Disangkanya tercicir di rumah atau terselit di tempat yang tidak disedari. Setelah puas mencari, dia akhirnya reda dan menganggap dompet itu benar-benar hilang.

Namun, satu perkara aneh berlaku.

Johan menyedari terdapat dua transaksi bernilai RM1 yang dibuat menggunakan kadnya. Jumlahnya kecil, hanya RM2 tetapi cukup untuk menarik perhatiannya.

Rasa hairan bertukar menjadi persoalan, siapakah yang menggunakan kad tersebut?

Selepas diselidiki, barulah kebenaran terbongkar.

Rupa-rupanya, dompet Johan telah ditemui oleh kakitangan sebuah premis. Namun, bukannya mengambil kesempatan, mereka memilih jalan yang jujur. Tanpa sebarang maklumat untuk menghubungi pemilik, mereka membuat dua transaksi kecil sebagai ‘petunjuk’ agar Johan menyedari dompetnya masih wujud dan boleh dijejaki.

rm2 jadi petunjuk dompet hilang, apa yang terjadi selepas itu memang tak disangka!

Tindakan ringkas itu akhirnya membawa Johan kembali kepada dompetnya. Lengkap, tidak disentuh dan dijaga dengan penuh amanah.

Dalam perkongsiannya, Johan tidak lupa memuji kejujuran dan integriti kakitangan tersebut. Katanya, di zaman di mana kepercayaan semakin diuji, perbuatan sebegini mengingatkan kita bahawa nilai murni masih hidup dalam masyarakat.

RM2 mungkin tidak bernilai besar pada angka, tetapi nilai kejujuran di sebaliknya tidak ternilai harganya.

Sumber: Threads @johan.thehutt

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda