
Foto sekadar hiasan
Advertisement
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai ibu kota dan Putrajaya selain Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak sehingga jam 2 pagi esok.
Menerusi hantaran Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Facebook, cuaca itu di Perak diramal melanda Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Manakala di Pahang, cuaca itu dijangka di Bentong lalu di Negeri Sembilan membabitkan Jelebu, Seremban dan Port Dickson.
"Selain Mersing di Johor, kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu di Sarawak turut diramal terjejas akibat cuaca sama," menurut METMalaysia.
Dalam pada itu, METMalaysia turut memberitahu bahawa amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," jelasnya.
Sumber: Facebook METMalaysia