
Anda mesti pernah dengar kisah dongeng Pinocchio di mana hidung budak lelaki akan menjadi panjang sekiranya dia menipu. Kita akan merasakan perkara itu hanyalah sebuah kisah dongeng semata-mata.
Advertisement
Namun, baru-baru ini seorang pengkaji telah menemui sesuatu yang yakni sekiranya seseorang manusia itu kuat menipu, hidungnya akan menjadi lebih kecil. Perkara ini dikenali sebagai Reverse Pinocchio.
Dr Emilio Gómez Milán dan kumpulannya telah membangunkan pengesan penipuan. Melalui kajian yang dijalankan, sekiranya seseoran manusia itu menipu, suhu hidung mereka akan berkurang sehingga 1.2 darjah Celsius. Manakala, suhu kepala pula akan meningkat sehingga 1.5 darjah Celcius.
Pengurangan suhu pada hidung ini lah yang menyebabkan hidung manusia mengecut dan mengecil biarpun perubahan itu tidak nampak dan dikesan oleh mata kasar manusia.
Sumber: odditycentral