Skip to main content

Advertisement

Berita

Remy Ishak Niat Sedekahkan Daging Korban Kepada Golongan Memerlukan Di Kemboja

remy ishak niat sedekahkan daging korban kepada golongan memerlukan di kemboja

 

Advertisement

Pelakon terkenal Remy Ishak akan melakukan ibadah korban sempena Aidiladha ini dan daging korbang tersebut akan disedekahkan kepada mereka yang memerlukan di Kemboja.

Sebenarnya sudah lama Remy menyimpan niat untuk melakukan ibadah korban dan tahun ini dia diberi rezeki untuk melaksanakan niat tersebut.

“Baru-baru ini saya terfikir untuk melakukan ibadah korban dan alhamdulillah rezeki tahun ini dapat dikongsikan kepada mereka yang memerlukan.

"Malangnya harga lembu di Malaysia sendiri sedikit tinggi berbanding negara luar misalnya Kemboja.

"Harga seekor lembu di Malaysia sama nilai dengan dua ekor lembu di Kemboja jadi kebetulan saya dibantu oleh seorang kawan untuk memberikan rezeki ini kepada mereka yang lebih memerlukan," katanya kepada Gempak.

Semoga ibadah ini dikira sebagai amalan yang baik dan Remy Ishak terus dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda