Skip to main content

Advertisement

Berita

Polis Subang Jaya meminta bantuan orang ramai untuk mencari remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang

polis subang jaya meminta bantuan orang ramai untuk mencari remaja perempuan berusia 14 tahun yang hilang

KUALA LUMPUR: Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang pada Ahad.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja berkenaan, Puteri Damia Darwisyah Abdullah, berketinggian 155 sentimeter, seberat 60 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Puteri Damia Darwisyah dipercayai kali terakhir dilihat di No. 81, Jalan USJ 11/3A, USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad jam 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azlan menggesa orang ramai yang menemui remaja itu atau mempunyai maklumat mengenai keberadaannya supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222 atau 03-78627100.

Sumber : Bernama

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda