Skip to main content

Advertisement

Berita

Demi Sebiji Iphone Remaja Lelaki Ini Sanggup Menjual Buah Pinggangnya

Setiap kali model iPhone keluar, mesti akan ada gurauan seperti “Buah pinggang untuk dijual”.

Namun, seorang lelaki di Hunan, China membuktikan ayat itu bukan gurauan semata apabila Xiao Wang sanggup menjual buah pinggangnya tujuh tahun yang lalu semata-mata untuk membeli iPhone 4.

Advertisement

Menurut laporan portal Oriental Daily, kerana tidak mahu terlihat ketinggalan oleh rakan-rakan yang lain, dia sanggup menjual salah satu dari buah pinggangnya untuk membeli telefon pintar tersebut.

Ketika melakukan prosedur pembedahan, dia baru berumur 17 tahun dan dilakukan menerusi pihak ketiga di pusat perubatan Chenzhou. Pihak ketiga menjamin yang dia akan dapat hidup dengan normal selepas seminggu.

Malangnya, Xiao Wang telah diserang jangkitan kuman disebabkan persekitaran kawasan dan peralatan pembedahan yang digunakan tidak bersih dan digunakan dengan cara yang tidak betul.

Kini, dia berumur 24 tahun dan doktor mengesahkan buah pinggangnya telah rosak teruk menyebabkan dia hanya mampu terlantar di atas katil. Bertambah malang lagi apabila keluarganya terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk melakukan rawatan haemodialysis kepadanya.

Sumber: Astro Awani

 



 




 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda