Skip to main content

Advertisement

Berita

Lagi Tinggi, Lagi Lambat Berbuka? Ini Realiti Berbuka Puasa di Puncak Bangunan Tinggi!

lagi tinggi, lagi lambat berbuka? ini realiti berbuka puasa di puncak bangunan tinggi!

Siapa sangka, berbuka puasa pun boleh ada ‘level’ berbeza!

Advertisement

Bagi mereka yang menikmati iftar mewah khususnya di restoran dan pejabat yang terletak di tingkat 80 ke atas, ada satu perkara penting yang perlu diambil maklum iaitu  waktu berbuka puasa mereka sedikit ‘lambat’ berbanding orang di aras bawah.

Individu yang berada di tingkat tinggi bangunan tersebut perlu menunggu kira-kira tiga minit tambahan sebelum boleh berbuka, berbanding mereka yang berada di paras tanah (ground level).

Mengapa ia terjadi?

Jawapannya mudah tetapi jarang difikirkan, faktor ketinggian dan kedudukan matahari. Secara saintifik, semakin tinggi kedudukan seseorang, semakin lambat matahari ‘hilang’ daripada pandangan. Ini bermakna, di tingkat 80+, matahari masih boleh dilihat walaupun di bawah sudah pun terbenam sepenuhnya.

lagi tinggi, lagi lambat berbuka? ini realiti berbuka puasa di puncak bangunan tinggi!

Foto Hiasan

Perbezaan masa itu mungkin nampak kecil dan hanya sekitar tiga minit tetapi dalam konteks ibadah puasa, ia tetap signifikan kerana waktu berbuka bergantung kepada terbenamnya matahari di lokasi sebenar seseorang berada.

Menariknya, perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia falak dan penentuan waktu solat. Cuma, apabila ia melibatkan hotel pencakar langit ikonik di tengah kota, ramai yang terkejut dan tidak sangka ‘fine dining’ di awan pun ada peraturannya tersendiri.

Jadi, buat anda yang merancang untuk berbuka puasa dengan panorama KL daripada tingkat tinggi, jangan gelojoh capai kurma sebaik sahaja azan berkumandang daripada bawah.

Pastikan waktu berbuka disesuaikan dengan kedudukan anda, walaupun bezanya cuma tiga minit, yang penting adalah ketepatan dan kesempurnaan ibadah.

Nampaknya, lagi tinggi kita naik, lagi tinggi juga tahap kesabaran yang diperlukan!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda