Skip to main content

Advertisement

Berita

Anak Kantoi Bawa Vape Ke Sekolah, Reaksi Ibu Buat Cikgu Tersentuh

anak kantoi bawa vape ke sekolah, reaksi ibu buat cikgu tersentuh

Jarang benar pengetua turun padang buat spot check. Tetapi sekali beliau buat, memang “tangkapan besar” jadinya. Begitulah yang berlaku semalam di sebuah sekolah apabila seorang murid lelaki tidak bernasib baik, langkahnya yang tenang menuju ke kelas bertukar menjadi detik yang tidak akan dilupakan.

Advertisement

Semuanya bermula apabila pengetua menegur rambut murid tersebut. Daripada teguran kecil, pemeriksaan lanjut dibuat. Alang-alang sudah ditegur, beg pun diperiksa. Dan ketika itulah, segala-galanya terbongkar kerana ada vape, telefon bimbit, power bank dan rambut yang melanggar peraturan sekolah. Lengkap satu “jackpot” disiplin.

anak kantoi bawa vape ke sekolah, reaksi ibu buat cikgu tersentuh

Foto Hiasan

Cikgu disiplin segera menghubungi ibu pelajar tersebut. Namun, apa yang berlaku selepas itu bukanlah seperti kebiasaan yang sering kita dengar tiada suara marah, tiada ugutan untuk “naik sekolah”.

Sebaliknya, si ibu dengan tenang berkata:

“Eloklah cikgu rampas. Telefonnya tu cikgu simpan saja. Biarkan dia.”

“Saya minta izin nak rotan ya, sebab kesalahan bawa vape.”

“Tak apa cikgu, rotan saja. Err... rambut dia cikgu tak tengok?”

“Dah puan.”

“Bagus cikgu. Buat saja apa nak buat.”

 Jarang benar jumpa ibu bapa yang percaya pada guru, menyerahkan amanah mendidik kepada pihak sekolah tanpa campur tangan berlebihan.

Dan yang paling menyentuh hati, murid itu sendiri menunjukkan akhlak yang baik. Selepas dirotan, dia mengaku kesilapan, meminta maaf dan mencium tangan cikgu. Satu tanda bahawa dalam dirinya masih ada nilai hormat dan kesedaran.

Mungkin dia tersilap langkah seketika, tetapi dengan bimbingan dan kasih sayang yang tegas, dia akan kembali ke landasan yang betul.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa peranan ibu bapa dan sekolah bukan untuk saling menyalahkan, tetapi untuk berganding bahu membentuk akhlak anak-anak.

Kerana akhirnya, kejayaan sebenar bukan sekadar keputusan akademik yang cemerlang, tetapi akhlak yang tinggi dan hati yang tunduk pada kebenaran.

Sumber: Abdul Muiez

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda