
Foto Hiasan
Advertisement
Bila masuk Ramadan, antara persoalan paling kerap bermain di fikiran ramai ialah:
Kalau buat rawatan perubatan, batal tak puasa?
Ada yang sanggup tahan sakit, tangguh rawatan malah takut nak jumpa doktor sebab risau ibadah terganggu.
Terbaharu, satu perkongsian infografik rasmi menjelaskan beberapa jenis rawatan yang sebenarnya tidak membatalkan puasa, sekaligus melegakan ramai umat Islam yang sebelum ini keliru.
Menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikongsikan melalui Jabatan Penerangan Malaysia, ini antara rawatan yang dibenarkan ketika berpuasa:

Foto Hiasan
Derma Darah atau Terima Darah
Ya, anda masih boleh menderma darah ketika berpuasa. Begitu juga pesakit yang menerima transfusi darah, ia tidak membatalkan puasa.
Ambil Darah Untuk Ujian Makmal
Tak perlu risau kalau ada temujanji check-up. Pengambilan sampel darah untuk ujian kesihatan adalah dibenarkan.

Foto Hiasan
Sapu Krim atau Minyak Pada Kulit
Semua jenis krim, losyen atau minyak yang disapu pada kulit walaupun diserap tidak membatalkan puasa. Jadi skincare routine boleh jalan seperti biasa!
Bantuan Oksigen atau Gas Pelali
Pesakit yang memerlukan oksigen atau gas bius juga tidak perlu berbuka puasa kerana rawatan ini tidak dikira sebagai perkara yang membatalkan.
Kesimpulannya, Islam itu mudah dan tidak membebankan. Dalam keadaan kesihatan memerlukan rawatan, anda masih boleh meneruskan puasa tanpa was-was asalkan rawatan tersebut tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan.
Jadi lepas ni, jangan tangguh rawatan penting hanya kerana takut puasa terbatal. Jika kita menjaga kesihatan dengan baik, kita akan dapat beribadah dengan tenang dan lancar.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia