Skip to main content

Advertisement

Berita

Rasa Sukar Untuk Berubah? Pakar Kata Mungkin Disebabkan ‘Loss Aversion’

rasa sukar untuk berubah? pakar kata mungkin disebabkan ‘loss aversion’Foto sekadar hiasan

Ramai orang sebenarnya mahu berubah, sama ada untuk hidup lebih sihat, mencari kerja baharu, atau memperbaiki hubungan.

Advertisement

Namun, perasaan takut gagal atau risau hilang sesuatu sering membuatkan seseorang kekal pada zon selesa. Proses ini dikenali sebagai loss aversion.

Apa Itu Loss Aversion?

Menurut kajian psikologi tingkah laku, loss aversion merujuk kepada kecenderungan manusia untuk mengelak kerugian berbanding mengejar keuntungan. Otak manusia secara semula jadi lebih sensitif terhadap kemungkinan rugi berbanding apa yang boleh diperoleh.

Dalam kata lain, walaupun perubahan itu berpotensi membawa kebaikan, rasa takut terhadap apa yang mungkin hilang. Masa, tenaga, wang atau kestabilan jauh lebih kuat daripada harapan untuk mendapat hasil positif.

Bagaimana Loss Aversion Mempengaruhi Kehidupan Harian

Pakar menjelaskan bahawa ramai berhenti mencuba kerana mereka membayangkan risiko lebih besar daripada manfaatnya. Contohnya:

⁠  ⁠Tak mahu tukar kerja kerana takut tempat baharu tak sesuai, walaupun gaji lebih tinggi.

•⁠  ⁠Takut mula hidup sihat kerana bimbang gagal atau tak mampu kekalkan rutin.

•⁠  ⁠Enggan keluar dari hubungan toksik kerana takut kesunyian.

Semua ini berpunca daripada pemikiran bahawa ‘lebih baik kekal seperti sekarang’ walaupun keadaan semasa sebenarnya tidak memberi kebaikan jangka panjang.

Kenapa Rasa Takut Berubah Sangat Kuat

Loss aversion berlaku kerana otak memproses kerugian dua kali lebih kuat daripada keuntungan. Ini menyebabkan seseorang lebih fokus kepada apa yang boleh hilang daripada apa yang boleh diperbaiki.

Pakar juga menyatakan bahawa tekanan, pengalaman lampau, dan kurang keyakinan diri turut menguatkan rasa takut untuk membuat keputusan baharu.

Bagaimana Mengatasi Loss Aversion

Beberapa strategi mudah boleh membantu seseorang lebih yakin untuk bergerak ke hadapan:

•⁠  ⁠Pecahkan perubahan besar kepada langkah kecil supaya tidak terasa menakutkan.

•⁠  ⁠Senaraikan potensi manfaat berbanding risiko sebenar.

•⁠  ⁠Bina sokongan sosial — rakan, keluarga atau komuniti.

•⁠  ⁠Beri masa kepada diri sendiri untuk menyesuaikan diri dengan perubahan.

Pakar psikologi menegaskan bahawa perubahan tidak berlaku sekaligus, tetapi melalui proses berperingkat yang memerlukan pemahaman, kesedaran dan keberanian kecil setiap hari.

Rasa takut untuk berubah bukan bermaksud seseorang itu lemah. Ia adalah tindak balas normal manusia. Namun, memahami konsep loss aversion dapat membantu kita mengenal pasti apa yang sebenarnya menghalang langkah ke hadapan dan memberi peluang untuk memulakan perubahan yang selama ini ditangguhkan.

Sumber: Threads @aimafirdausezaddin

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda