Skip to main content

Advertisement

Berita

Ramai yang membaca tapi tak bertanya

Gelisah dalam membaca bermakna kita selalu rasa tidak cukup dengan jawapan-jawapan yang dihidang dalam buku. Jawapan sepatutnya menimbulkan kegelisahan dan kegelisahan mewujudkan lebih banyak soalan.

Dengan cara ini, kembara membaca tidak ada garis tamat. Sebab itu bagi abang Rosli, soalan lebih penting berbanding jawapan.

Advertisement

“Kita baca tapi kita tak tanya, menyebabkan apa yang kita baca tadi (berlalu) begitu saja. Kita tak pertikai.

ramai yang membaca tapi tak bertanya

“Macam awak belajar kewartawanan, ada enam soalan asas, itulah asas falsafah. Falsafah ialah pertanyaan.

Bagi abang Rosli, proses belajar bukan kita nganga mulut menanti untuk disuap jawapan.Kita perlu bertanya supaya proses mencari pengetahuan itu berlangsung lebih lama.

“Tapi jangan ingat apabila kita bertanya, orang akan beri jawapan. Mungkin ada yang anggap soalan kita bodoh atau kita tak layak bertanya. Jika begitu, kita cari sendiri jawapan.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda