"Ramadan Terindah Nurul Izzah" Kerana Papa Kesayangannya Datuk Seri Anwar Ibrahim Dibebaskan Hari Ini.

Sumber Instagram n_izzah/ Astro awani
Advertisement
“ Sudah lama sejak ciuman itu, papa” , berikut merupakan kenyataan anak kepada ketua umum PKR , Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disahkan bebas pada hari ini dari tahanan penjara.
Kepulangan DSAI merupakan satu hadiah yang cukup istimewa buat Nurul Izzah dan sekeluarga sempena Ramadan yang bakal menjelang di hari esok. Kepulangan DSAI telah diterima pengampunan penuh oleh Yang Di Pertuan Agong.
Menerusi laman instagramnya, Nurul Izzah berkata “ Allah Swt dalam segala hikmah-NYA telah menganugerahkan kita kepulangan ini. Apa lagi yang lebih baik untuk menyambut Ramadan “
“ Sebuah pengampunan berdasarkan keadilan yang tersasar. Satu perpisahan yang akhirnya disusuli dengan satu pelukan …
Kata Nurul Izzah lagi, masih ada banyak perkara yang perlu dilakukan, masih banyak lagi ketidakadilan untuk diperbetulkan..