Skip to main content

Advertisement

Berita

Ramadan di Mosul, Bazar Ramadan Serta Tradisi Yang Unik

Di sebalik bandar utara Iraq ini, Ramadan dinilai sebagai sebuah rasa yang berbeza dari tempat lain di negara itu.

Beberapa hari sebelum Bermulanya Ramadan, orang ramai mula pergi ke pasar untuk melakukan persiapan. Antara lokasi yang terkenal ialah di Bab al-Saray, Mosul.

Advertisement

RAMADAN-IRAQ-2.jpeg

Muhammad Ghanem, 42, memiliki kedai rempah ratus di pasar al-Attarin di Bab al-Saray. Jual beli berjalan rancak pada bulan Ramadan kerana orang ramai bersiap sedia untuk menjamu keluarga besar.

Keistimewaan pasar Ramadan ini ialah jus kismis, dibuat dengan kismis terbaik dari pergunungan wilayah Kurdish Iraq serta pudina segar.

RAMADAN-IRAQ.jpeg

Masaharati atau al-masharaji dalam dialek Iraq, adalah satu lagi ciri khas pada bulan puasa.

Antara tradisi yang hanya diamalkan semasa Ramadan, seorang lelaki berjalan melalui lorong-lorong sambil memukul gendangnya, memanggil orang ramai untuk bangun dan bersahur. 

Indah bukan Ramadan di negara luar. Inilah keistimewaan masyarakat di seluruh dunia, masing-masing memiliki ciri-ciri dan identiti mereka yang tersendiri.

Ramadan tahun ini hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita lalui, semoga diberi peluang dan rezeki untuk bertemu bulan penuh keberkatan itu pada tahun hadapan Insya-Allah.

 

 

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda