Skip to main content

Advertisement

Berita

Selamat Malam, Haziq! ‘Tidurlah’ Dengan Tenang

selamat malam, haziq! ‘tidurlah’ dengan tenang

Gambar: Astro Awani

Advertisement

Akhirnya, segala teka-teki akan kehilangan seorang rakyat Malaysia yang terlibat dalam siri tembakan di ChristChurch, New Zealand baru-baru ini telah terjawab.

Wisma Putra telah mengesahkan bahawa Muhammad Haziq Mohd Tarmizi,17, telah terkorban dalam kejadian keganasan tersebut.

Sebelum ini Haziq telah dilaporkan hilang selepas kejadian itu. Muhammad Haziq adalah anak kepada Mohd Tarmizi Shuib, 46, yang turut cedera dalam serangan tersebut.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Muhammad Haziq dan moga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarga Muhammad Haziq.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda