Penduduk serta pekerja yang berada di pulau ternama di Terengganu iaitu Pulau Redang dan Pulau Perhentian kini akan menikmati bekalan elektrik secara penuh dalam masa tiga tahun lagi.

“Projek ini akan memberi sumber bekalan tenaga kepada hampir 600 pengguna domestik, 70 pengusaha hotel, resort dan chalet, 47 pengguna komersial iaitu sekolah, rumah kedai, masjid, klinik dan kedai makan di dua pulau itu, kata Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital Terengganu, Ariffin Deraman.
Advertisement