Skip to main content

Advertisement

Berita

Pukul Anjing Hingga Mati, Tiga Lelaki Ditahan Polis

BAYI-DITINGGALKAN-MASIH-BERTALI-PUSAT-2.png

Bayan Lepas - Tiga lelaki berjaya ditahan polis sabit kesalahan menyerang dan memukul anjing di dalam semak sehingga mati di Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung. 

Advertisement

Datuk Khaw Kok Chin berkata, kesemua suspek bekerja sebagai ejen kargo, nelayan, dan pemandu bas, masing-masing direman sehingga 12 Julai untuk siasatan lanjut. 

“Ketiga-tiga suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing juga didapati bebas dari sebarang pengambilan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang mana, jika didapati bersalah, boleh didenda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 hingga 53 tahun itu ditahan di sekitar Batu Maung sekitar jam 11:45 malam 9 Julai hingga 1 pagi, 10 Julai. 

Sumber AlHijrah Online

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda