Skip to main content

Advertisement

Berita

Mawi Mengembalikan Nostalgia Komik Lawak Untuk Trailer Filem Tiada Tajuk

mawi mengembalikan nostalgia komik lawak untuk trailer filem tiada tajuk

Sumber: Kopi Planet

Advertisement

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, filem pertama Mawi bertajuk Tiada Tajuk bakal ditayangkan di 86 buah pawagam di seluruh negara. Berdasarkan maklum balas dari orang ramai di media sosial, ramai yang tak sabar menanti kehadiran filem itu.

Seperti mana kita dapat lihat, semenjak dari awal lagi Mawi telah tampil sedikit kelainan dalam mempromosikan filemnya. Daripada pelancaran di perkarangan Sogo hinggalah hadiah buat penonton bertuah.

Terbaru, Mawi berkata dia mahu menghasilkan satu trailer dalam bentuk komik atau majalah. Trailer tersebut bakal mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan majalah-majalah lawak yang terdahulu.

Jika kita lihat poster rasmi filem Tiada Tajuk ini pun, ia berkonsepkan majalah lawak antarabangsa terkenal. Ramai yang memuji akan kecantikan poster filem tersebut. Jadi, sama-sama lah kita nantikan trailer filem yang akan hadir tidak lama lagi.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda