Skip to main content

Advertisement

Berita

Sekiranya Anda Tertangkap Tidak Berpuasa, Anda Mungkin Akan Dipenjara Atau Kedua-duanya Sekali

penjara atau denda? atau kedua-duanya sekali? ini yang akan terjadi sekiranya tertangkap ponteng puasa

Selepas ini pihak berkuasa akan mula memantau sesiapa yang tidak berpuasa.

Advertisement

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal bertekad untuk memantau aktiviti jual-beli makanan pada bulan puasa ini.

Sekiranya seseorang didapati tidak berpuasa, mereka boleh disabitkan di bawah Seksyen 19, Tidak Menghormati Ramadan, Enakmen 9 Tahun 1995 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM 1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya.

Jadi, kalau anda terfikir nak ponteng puasa tu fikirlah banyak kali. Jika tidak kantoi di dunia pun, pasti akan dibalas di akhirat. Jadi, berpuasa sahajalah.

Sumber: Projek MM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda