
Segala kelakuan dalam kehidupan ini bermula dari hati. Oleh itu Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah ada menjelaskan beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Advertisement
Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Ketika berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling kurang 100 kali sebelum tidur. Selawat Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan boleh mendatangkan perkara kebaikan.
Solat taubat
Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
Membaca Al-Quran
Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari
Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
Bisikan kepada diri perkara yang positif
Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
Program minda/cuci minda
Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
Berpuasa
Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
Cuba ingat tentang mati
(Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
Kekalkan wuduk.
Bersedekah.
Belanja orang makan.
Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
Berkawan dengan ulama.
Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
Pesan pada orang, jadi baik.
Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar
orang mengumpat.
Semoga kita semua boleh beramal dengan cara-cara ini agar menjadi insan yang positif dan diberkati Allah.
Sumber - wanhayati.wordpress