Skip to main content

Advertisement

Berita

Disebabkan Bank Tolak Pinjaman, Petani Ini Mengambil Keputusan Untuk Menjual Buah Pinggangnya

petani jual buah pinggang selepas bank tolak permohonan pinjaman

Negara India terkenal dengan pertanian dan menjadi sector utama di sana. Biarpun begitu, kehidupan petani di sana sangat susah dan miskin.

Advertisement

Disebabkan terlalu miskin, ramai yang hidup dalam keadaan serba kekurangan dan dikelilingi dengan hutang yang tidak mampu diselesaikan. Perkara tersebut juga telah menyebabkan ramai yang sanggup buat apa sahaja untuk mendapatkan wang.

Kisah menyayat hati ini menceritakan seorang petani yang sanggup menjual buah pinggangnya untuk mendapatkan duit selepas permohonan untuk meminjam wang ditolak oleh pihak bank.

Petani yang dikenali sebagai Ramkuman itu berusia 30 tahun berasal dari Kampung Chattar Sali telah bersetuju untuk menjual buah pinggangnya kepada sesiapa sahaja yang mahu beli.

Walaupun sedemikian, sehingga hari ini masih belum ada individu yang mahu membida buah pinggangnya.

Sumber: Siakap Keli

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda