Skip to main content

Advertisement

Berita

Pernah Anda Terfikir Kenapa Kapal Terbang Tak Terbang Ke Angkasa Lepas?

Korang pernah terfikir tak kenapa kapal terbang tak terbang je ke angkasa lepas? Iyalah, dah alang-alang terbang tinggi tu biar tinggi terus. Boleh kita semua melawat planet-planet kat atas tu.

Rupanya kapal terbang bukan taknak pergi angkasa lepas tapi tak boleh! Nak lepas atmosfera bumi pun belum terntu berjaya.

Korang tau tak kenapa?

Advertisement

Kapal terbang kena melepasi lapisan atmosfera bumi untuk sampai ke ruang angkasa. Dan tak mudah pun nak lepasinya tau, kena redah graviti bumi. Bukan macam Iron Man atau Superman yang selalu kita tengok tu. Untuk melepasi 5 lapisan atmosfera ni, kapal terbang kena terbang laju (33 mach atau 25,000 mph).

kenapa kapal terbang tak boleh terbang ke angkasa lepas?

Kapal terbang paling pantas setakat ini pun hanya berjaya terbang pada 6.7 mach atau 5,140 mph! Dan kebiasaanya kapal terbang tidak boleh terbang lebih tinggi daripada 45,000 kaki tetapi ada beberapa juruterbang yang melepasi had yang dibenarkan

Semakin tinggi kapal terbang, semakin nipis atmosfera bumi, kesannya molekul udara semakin sikit menyebabkan semakin sukar kapal terbang untuk kekal di udara. Oksigen yang semakin kurang mengecilkan pembakaran bahan api yang diperlukan untuk kuasakan enjin.

Kredit: @Business Insider/Twitter

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda