Skip to main content

Advertisement

Berita

“Sambil Tunggu Pakaian Siap, Boleh Buat Solat Sunat,” Perkhidmatan Dobi Di Masjid Wilayah Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Al Bakri mengumumkan menerusi akaun Twitternya bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengambil inisiatif yang baik dalam menyediakan perkhidmatan dobi buat orang ramai di Masjid Wilayah Persekutuan.

“sambil tunggu pakaian siap, boleh buat solat sunat,” perkhidmatan dobi di masjid wilayah persekutuan

“sambil tunggu pakaian siap, boleh buat solat sunat,” perkhidmatan dobi di masjid wilayah persekutuan

Advertisement

Menurut Dr Zulkifli, kewujudan perkhidmatan dobi ini di masjid akan menarik orang ramai hadir ke masjid secara tidak langsung. Selain itu, bagi memudahkan lagi pengguna mendapatkan perkihdmatan dobi ini tanpa perlu beratur panjang. Orang ramai boleh menggunakan aplikasi Nak Dobi bagi memudahkan urusan mereka.

“sambil tunggu pakaian siap, boleh buat solat sunat,” perkhidmatan dobi di masjid wilayah persekutuan

“sambil tunggu pakaian siap, boleh buat solat sunat,” perkhidmatan dobi di masjid wilayah persekutuan

Dr Zulkifli turut mengucapkan tahniah kepada Pengarah JAWI dan seluruh tenaga pekerja JAWI atas usaha hebat mereka dalam mewujudkan perkhidmatan dobi ini.

“sambil tunggu pakaian siap, boleh buat solat sunat,” perkhidmatan dobi di masjid wilayah persekutuan

Rata-rata warga net juga amat kagum dengan usaha yang dilakukan oleh pihak JAWi dan turut meninggalkan komen positif di bebenang Dr Zulkifli itu.

Sumber: Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda