Skip to main content

Advertisement

Berita

Perkara Halal, Tetapi Dibenci Allah: 12 Amalan Yang Kini Dianggap Normal Dalam Masyarakat

Dalam perbahasan hukum Islam, tidak semua perkara yang halal itu digalakkan. Terdapat amalan yang dibenarkan daripada sudut hukum, namun dibenci oleh Allah SWT apabila dilakukan tanpa keperluan, secara berlebihan atau sehingga menzalimi diri dan orang lain.

Perkara ini tidak disukai Allah kerana bertentangan dengan nilai kesederhanaan, keadilan dan akhlak Islam.

Advertisement

Amalan Halal Yang Dibenci Allah

perkara halal, tetapi dibenci allah: 12 amalan yang kini dianggap normal dalam masyarakat

Perceraian tanpa keperluan syarie – Walaupun halal, perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah jika dilakukan tanpa sebab kukuh dan usaha perdamaian.

Pembaziran dan hidup bermewah (Israf) – Islam mengizinkan menikmati rezeki, namun melarang pembaziran yang melampaui batas.

Percakapan berlebihan dan sia-sia – Banyak bercakap tanpa manfaat boleh mengeraskan hati dan melalaikan.

Nada suara kasar dan biadab – Akhlak dalam pertuturan adalah cerminan iman.

Terlalu terikat dengan urusan dunia  – Obsesi terhadap dunia hingga melupakan akhirat.

Makan dan minum secara berlebihan – Islam menekankan kesederhanaan dalam pemakanan.

perkara halal, tetapi dibenci allah: 12 amalan yang kini dianggap normal dalam masyarakat

Malas dan tidur berlebihan – Sikap ini melemahkan produktiviti dan tanggungjawab.

Bergurau dan ketawa keterlaluan – Hingga melalaikan atau menyakiti perasaan orang lain.

Bertanya soalan yang tidak perlu – Terutama yang membawa fitnah atau kekeliruan.

Sombong dan menunjuk kekayaan – Sifat riak yang merosakkan amal.

Berurus niaga ketika azan berkumandang – Mengutamakan urusan dunia berbanding panggilan ibadah.

Berdiam diri terhadap kezaliman – Sikap pasif terhadap ketidakadilan bertentangan dengan prinsip amar makruf nahi mungkar.

Yang menjadi kebimbangan apabila terdapat beberapa amalan yang dianggap biasa seperti pembaziran (Israf), daripada majlis mewah berlebihan, pembaziran makanan, hinggalah gaya hidup boros di media sosial semuanya dianggap biasa, malah dibanggakan.

Hakikatnya, Allah SWT berfirman bahawa Dia tidak menyukai orang yang melampaui batas, walaupun dalam perkara yang asalnya halal.

Perkongsian ini menjadi peringatan bahawa ukuran ketaatan bukan sekadar halal atau haram, tetapi juga niat, cara dan kesannya. Islam bukan agama yang kaku, namun ia menuntut keseimbangan, adab dan tanggungjawab sosial.

Dalam dunia yang semakin meraikan keterlaluan, marilah kita kembali bermuhasabah:

Adakah amalan kita sekadar halal, atau benar-benar diredai Allah?

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda