Skip to main content

Advertisement

Berita

Merentas 14,000 KM, 3 Lelaki Ini Menuju Ke Mekah Dengan Motosikal

merentas 14,000 km, 3 lelaki ini menuju ke mekah dengan motosikal

Umrah menaiki kapal terbang, mungkin sudah normal. Tetapi, pernah anda terbayang menunaikan umrah dengan menaiki motosikal?

Advertisement

Biarpun perkara ini mungkin agak luar dari pemikiran namun, 3 lelaki dari Kota Bharu ini telah membuktikan bahawa semuanya boleh terjadi jika mempunyai keazaman dan iltizam yang tinggi.

Diami Yusoff, 60, Mohd Fadli Abdul Rashid, 43, dan Ahmad Zailani Zulkifli, 65, mengambil masa selama 87 hari menunggang motosikal mereka untuk tiba di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Perjalanan mereka benar-benar memberi satu pengalaman yang baru buat mereka. Berkata di dalam dialek Kelantan Gi Mekah Nga Moto, mereka juga berkata ini bukanlah jelajah yang terakhir. Malah, mereka telah merancang untuk menjelajah ke tempat lain pula.

Berkongsi pengalaman paling yang tak dapat dilupakan, Diami yang merupakan seorang pesara kerajaan berkata, dia tidak akan melupakan 10 hari selepas mereka memulakan perjalanan.

“Sewaktu berada di kawasan gurun, saya tertoleh ke belakang dan melihat Fadli tak ada. Awalnya saya terfikir ada perkara buruk berlaku. Naun, selepas mencari, Alhamdulillah saya berjumpa kembali dengan mereka. Rupa-rupanya moto Fadli kehabisan minyak.”

Sumber: NST

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda