
Sepanjang musim Piala Dunia ini, banyak yang diperkatakan tentang pasukan-pasukan yang bertanding, antaranya cara sepakan percuma diambil, jaringan yang dihasilkan, selain set-piece menarik sepanjang perlawanan berlangsung.
Namun ada satu lagi yang turut menarik perhatian kalangan peminat bola sepak di media sosial iaitu perangkap off-side pada perlawanan Jepun menentang Senegal dalam perlawanan Kumpulan H di Stadium Ekaterinburg Arena, malam tadi.
Ketika kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 1-1, Senegal dianugerahkan sepakan percuma dalam minit-minit terakhir sebelum wisel tamat separuh masa pertama.
Strategi perangkap off-side pasukan Samurai Blue itu sangat teratur dan dianggap netizen sebagai yang terbaik dalam sejarah.
Japan has the best offside trap blueprint. They had a half dozen Senegal players at one go. Basala bebakaza!! #JPNSEN #WorldCup
— Themba Kaula (@ThembaKaula) June 24, 2018
Oh my god, Japan's set-piece offside trap is on another level man
— Fadhlan Hafizh P (@fadhlanhap) June 24, 2018
Japan pulled off the best-executed offside trap in history. pic.twitter.com/LLeF3EdjBf
— Mark Mravic (@MarkMravic) June 24, 2018
Pasukan pertahanan Jepun berjaya memerangkap pemain Senegal dengan serentak berlari menuju ke hadapan, menyebabkan keenam-enam pemain The Lions of Teranga off-side.
Pada perlawanan itu, Jepun dan Senegal berkongsi satu mata apabila seri 2-2 dalam saingan Kumpulan H.
Astro merupakan penyiar rasmi Piala Dunia FIFA 2018 Rusia di Malaysia dan anda dapat menyaksikan kesemua 64 perlawanan secara langsung di Astro!
Sumber - Astro Awani