Skip to main content

Advertisement

Berita

Penyebaran Foto Atau Video Jenazah Di Media Sosial

Sudah menjadi perbualan orang ramai ketika ini tentang hukum menyebarkan foto atau video jenazah di media sosial. Sememangnya dunia ketika ini, segala benda berada di hujung jari.

penyebaran foto atau video jenazah di media sosial

Sama juga dengan penyebaran perkara. Pelbagai platform yang telah wujud untuk memudahkan anda memuat naik sama ada perkara peribadi mahupun pekerjaan.

Advertisement

Namun, bukan semua perkara perlu dikongsi atau disebarkan kepada orang ramai. Ia termasuk dengan penyebaran gambar kematian.

Bagi menjaga sensitiviti agama dan juga dan si mati, Islam melarang umatnya mendedahkan aib si mati.

penyebaran foto atau video jenazah di media sosial

Menerusi penjelasan yang telah diberikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, hukum menyebarkan gambar kematian di media sosial adalah haram kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan juga akhlak Islam.

Hal ini kerana, Islam sangat mengambil berat akan kehormatan diri sendiri mahupun saudara seislamnya.

كُلُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ حَرَامٌ، دَمُهُ، وَمَالُهُ، وَعِرْضُهُ

Maksud: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya menceroboh) maruahnya, hartanya dan darahnya.” (HR Muslim, no. 2564)

Imam Nawawi berkata – “Dan disunatkan agar ditutup mayat (ketika memandikan jenazah) daripada orang lain kerana kemungkinan terdapat pada badannya itu suatu aib yang beliau menutupinya dahulu (ketika dia hidup) dan boleh jadi terdapat badannya itu suatu tompokan darah, lalu disangka oleh orang yang melihatnya sebagai suatu hukuman baginya (mayat itu).” (Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/154)

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda