
Foto: Australia Today
Advertisement
Insiden serangan bersenjata di Pantai Bondi telah mencetuskan suasana panik dan ketakutan dalam kalangan orang awam. Namun, di tengah kekecohan itu, seorang lelaki tampil dengan keberanian luar biasa iaitu Ahmed al-Ahmed, seorang bapa Muslim kepada dua orang anak, yang sanggup mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan orang lain. Ahmed juga merupakan peniaga buah-buahan.

Menurut laporan yang dikongsi kepada 7NEWS, Ahmed telah ditembak dua kali ketika cuba menghentikan penyerang. Sepupunya, Mustafa, mendedahkan bahawa Ahmed bertindak tanpa memikirkan keselamatan diri apabila beliau merampas senjata daripada penyerang walaupun dia tidak mempunyai sebarang pengalaman berkaitan senjata api. Tindakan pantas itu dipercayai telah menghalang tragedi yang lebih besar dan menyelamatkan banyak nyawa.
Bercakap di luar hospital, Mustafa menyifatkan Ahmed sebagai seorang lelaki yang berjiwa besar dan berani. Pada usia 43 tahun, beliau membuktikan bahawa sifat kemanusiaan dan keberanian sejati terserlah apabila seseorang sanggup berkorban demi orang lain, walaupun berdepan risiko maut.
Keberanian Ahmed bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada saksi kejadian, malah menyentuh hati masyarakat luas. Dalam keadaan genting, beliau memilih untuk bertindak dan bukan sekadar menjadi pemerhati.
Sumber: 7NEWS