Seorang remaja tercampak keluar daripada permainan roda berpusing disebuah fun fair dan kejadian ini sempat dirakamkan oleh sebuah video amatur.

Melalui video tersebut, jelas kelihatan remaja terbabit tercampak keluar daripada permainan itu selepas dipercayai terkeluar dari tempat duduknya.
Advertisement

Suara pengunjung juga kedengaran menjerit apabila mereka menyedari terdapat seorang gadis tergelincir ketika permainan masih berpusing seperti biasa.

Pihak berkuasa sehingga kini masih menyiasat punca kejadian yang terjadi di sebuah fun fair di Ecuador itu dan karnival itu juga ditutup serta merta selepas kejadian terbabit.
Sumber: News au