Skip to main content

Advertisement

Berita

Kempen Pengintipan Siber Israel, Sasar Kira-Kira 90 Individu Pengguna WhatsApp

Pegawai Eksekutif aplikasi WhatsApp mendedahkan bahawa syarikat pengawasan Israel, Paragon Solutions telah menjalankan kempen pengintipan siber.

Memetik laporan Al-Jazeera, syarikat tersebut menyasarkan kira-kira 90 individu, termasuk wartawan dan aktivis masyarakat sivil.

Advertisement

kempen pengintipan siber israel, sasar kira-kira 90 individu pengguna whatsappFoto sekadar hiasan

Walau bagaimanapun, operasi itu telah mengeksploitasi kelemahan keselamatan dalam aplikasi WhatsApp, sehingga mendorong syarikat pengeluar aplikasi tersebut menghantar surat ‘cease-and-desist’ buat Paragon, sekali gus mengarahkan aktiviti pengawasan rahsia mereka untuk dihentikan serta-merta.

Dalam pada itu, pegawai tersebut enggan menyatakan siapa secara khususnya yang disasarkan tetapi mengesahkan bahawa WhatsApp merujuk sasaran kepada kumpulan pemerhati internet Kanada Citizen Lab.

kempen pengintipan siber israel, sasar kira-kira 90 individu pengguna whatsapp

Foto sekadar hiasan

Dia enggan menyatakan bagaimana WhatsApp akan memastikan Paragon agar bertanggungjawab atas pelanggaran itu. Namun, pegawai tersebut telah memaklumkan kepada penguatkuasa undang-undang dan rakan kongsi industri akan tetapi tidak akan menjelaskannya secara terperinci kepada publik.

 

Dalam satu kenyataan, WhatsApp memberitahu bahawa syarikat mereka akan terus melindungi data orang ramai untuk memastikan kebolehfungsian berkomunikasi secara peribadi dapat diteruskan.

 

Menerusi akhbar Guardian United Kingdom, WhatsApp juga memberitahu bahawa pihak mereka mempunyai keyakinan tinggi terhadap pengguna yang telah disasarkan dan mengharapkan agar masalah ini dapat dikompromi antara mereka.

Sumber: Al Jazeera

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda