Skip to main content

Advertisement

Berita

Pengiktirafan Malaysia Book of Records Pertama Bagi Program Anjuran KAFA

Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) peringkat Negeri Pulau Pinang telah mengadakan sebuah program di mana murid-murid menyumbangkan daya kreativiti mereka dalam menghasilkan peta minda dengan topik Ibadah Rukun Islam kelima, iaitu ibadah haji. Program yang diresalisasikan dalam bentuk pameran itu diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas. Pameran Peta Minda Ibadah Haji tersebut adalah program pertama sepertinya untuk diadakan di Malaysia dan disifatkan sebagai yang terbesar shingga mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR).

Pameran yang melibatkan 7,000 murid KAFA dari seluruh Pulau Pinang itu mendapat perhatian bukan sahaja MBR, tetapi juga orang awam. Sebanyak 1,414 peta minda telah dipamerkan dengan pelbagai reka bentuk dan idea. Kesemua peta minda tersebut menerangkan tentang selok-belok ibadah haji dan pelbagai aspek yang berkaitan dengannya.

Advertisement

Program yang turut disertai oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penidikan, Jabatan Agama Islam Pualu Pinang (JAIPP) itu membabitkan murid-murid daripada 280 sekolah KAFA bersama bimbingan guru-guru mereka. Beliau memberi keterangan bahawa objektif program tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang paling asas terhadap ibadah haji di samping menjana kreativiti para pelajar dan guru dalam menyampaikan intipati pelajaran terutamanya dalam bidang pendidikan Islam.

Menuju ke hadapan, terdapat banyak lagi program-program sebegini yang telah dirancang yang diharapkan dapat mendorong para pelajar KAFA supaya berfikir di luar kotak dan menghasilkan buah fikiran yang terbaik.

Wakil daripada MBR, Edwin Tian Yeoh menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Jamil Mohamed yang juga merasmikan program tersebut.

pengiktirafan malaysia book of records pertama bagi program anjuran kafa

Sambutan daripada pengunjung awam juga sangat memberangsangkan. Mereka memberi pendapat bahawa dengan pengiktirafan ini, pendidikan KAFA akan terus menuju kehadapan dalam bidang pendidikan.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda