
Jae Deen tau nama sebenar beliau Joshua Asare merupakan artis terkenal genre hip hop ataupun rap di Amerika Utara. Beliau mula menampilkan diri sebagai artis kumpulan duo bernama Deen Squad dalam industri muzik dan kini meneruskan perjuangannya dalam seni muzik secara solo. Beliau juga pernah berduet dengan Harris J dan pernah tampil sebagai pembukaan konsert Justin Bieber di Kanada waktu dia masih Bersama kumpulan duo, Deen Squad.
Advertisement
Perjalanan penghijrahan bermula apabila diperkenalkan Surah Maryam kepadanya oleh sahabatnya di kolej dan menemui persamaan tentang kisah kelahiran Nabi Isa AS yang terkandung dalam Surah Maryam dan yang dipelajari dari agam asalnya. Ini menyebabkan beliau berminat untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang agama Islam, sehinggalah beliau memeluk Islam pada tahun 2010.

Penghijrahan beliau amat ditentangi oleh keluarga dan kedua ibu bapanya. Tetapi Jae Deen masih tegas untuk meneruskan penghijrahannya. Sewaktu beliau berada di Universiti, dia mengambil subjek Kesusateraan Islam dan banyak mempelajari tentang Islam dengan menghadiri kelas-kelas agama di Kanada. Ada suatu ketika itu, Jae Deen berasa teramat sedih oleh kerana tidak dapat memahami apa yang dibacakan oleh Imam sewaktu solat sunat Tarawikh dan mecemburui Jemaah lain yang menitis air mata kesedihan ketika mendengar surah-surah yang dibaca.
Sejak peristiwa itu, beliau mula mempelajari bahasa Arab dan mulakan usaha menulis ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya setiap hari bermula dengan surah Al-Fatihah sehingga habis seluruh surah dalam Al-Quran. Beliau berjaya melakukan usahanya itu dalam tempoh masa 6 bulan. Beliau mengkongsikan gambar dan video usahanya di media sosial yang menjadi idol ataupun role model kepada remaja untuk mempelajari Al-Quran juga.
Pada tahun 2018, atas segala usaha dan kegigihan beliau dalam menyebarkan kefahaman ayat-ayat suci Al-Quran kepada remaja, beliau telah dikurniakan anugerah “The Quran Light of The People Award” di sebuah konvensyen Islam terbesar di Amerika Utara iaitu MAS ICNA.

Setelah mempelajari bahasa Arab, pada tahun 2017 beliau meneruskan usahanya lagi untuk mendalami bahasa Perancis pula dan dalam tempoh masa 4 bulan sahaja beliau menjadi fasih berbahasa Perancis.
Atas minat dan dorongan yang kuat dalam bidang seni muzik, beliau menggabungkan mesej Islam dalam karya seni muziknya untuk disampaikan kepada remaja. Lagu-lagunya banyak menyentuh tentang isu berkaitan kehidupan harian Muslim di Amerika seperti isu hijab, penindasan perkauman, tekanan mental, wanita Islam dan pelbagai lagi.
Beliau kini sedang mendalami Bahasa Melayu dan akan bakal berkolaborasi dalam single terbaru bersama artis tempatan dari Malaysia. Menurut Jae Deen, langkah baru dia ini akan memudahkan beliau dalam urusan promosi dan meluaskan pengaruh muziknya di Asia Tenggara khususnya.