Skip to main content

Advertisement

Berita

Penduduk Terkejut Nampak Bebola Api Di Langit

Sejumlah penduduk mendakwa melihat bebola api yang terang di empat buah negeri Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu, sejurus selepas pukul 10 malam (waktu tempatan).

penduduk terkejut nampak bebola api di langit

Persatuan Meteor Amerika menerima 36 laporan mengenai penampakan bebola api tersebut ketika ia melalui negeri Colorado, Kansas, Texas dan Oklahoma. 

Advertisement

Menurut saksi, bebola api itu berkecai menjadi serpihan kecil di langit.

Kebanyakan daripada mereka melihat bebola api itu berhampiran Bandar Oklahoma dan kawasan Dallas-Fort Worth, dengan ramai yang menyangka ia adalah meteor.

Namun, seorang ahli astronomi, Jonathan McDowell dari Pusat Astrofizik Harvard–Smithsonian percaya bahawa objek terang itu berkemungkinan adalah satelit Starlink milik syarikat SpaceX yang diasaskan oleh bilionair terkemuka, Elon Musk.

Sumber: Kosmo Online
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda