Skip to main content

Advertisement

Berita

ZAYAN dan Max Fashion Mencari Ikon Hijabstar Dan Berpeluang Memenangi RM 5000

zayan dan max fashion mencari ikon hijabstar dan berpeluang memenangi rm 5000

Adakah anda seorang hijabstar yang stail dan mempunyai penampilan yang menarik? Jika ya, ini peluang anda untuk menyinari dan menjadi Ikon Hijabstar ZAYAN.

Advertisement

Buat pertama kalinya, ZAYAN dan sebuah jenama fesyen yang terkenal, Max Fashion telah bergabung bagi mencari seorang Ikon Hijabstar.

Jika anda seorang warganegara yang berumur 18 tahun sehingga 34 tahun, anda boleh memuat naik gambar dan juga video profil anda memperkenalkan diri dengan gaya paling menarik dan stail di laman Instagram anda. Jangan lupa untuk menggunakan hashtag #ZayanHijabstar dan #MaxFashionAsia.

Yang paling penting, pastikan akaun anda dalam keadaan public supaya senanglah panel untuk melihat penyertaan anda. Tapi, anda juga boleh menghantar penyertaan anda di sini. Tarikh tutup penyertaan adalah 7 September ini.

Sepanjang pencarian ini juga, personality ZAYAN, Lin Ariffin akan berkongsi nota fashion dengan anda semua. Jadi, dapatkan tips-tips yang menarik tentang fashion di sini.

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda