Kredit gambar utama: imazinindia.com
Jika anda sukakan percutian di lokasi dengan panorama menarik, Sikkim India adalah tempatnya. Sikkim terletak bersempadan dengan Bhutan dan Nepal, dikelilingi landskap Himalaya dengan 28 puncak gunung, 21 glasier dan lebih 200 tasik.
Glimpses from the Pakyong Airport in Sikkim, which PM @narendramodi will inaugurate tomorrow. pic.twitter.com/h1VD8Khj6g
— PMO India (@PMOIndia) September 23, 2018
Advertisement
Sebelum ini Sikkim merupakan satu-satunya negeri di India yang tiada lapangan terbang, dan sebelum ini perjalanan dari lapangan terbang terhampir menuju ke Sikkim sejauh 125km dan mengambil masa kira-kira 5 jam perjalanan.
Tetapi dengan pembukaan Lapangan Terbang Pakyong pada 4 Oktober ini di Sikkim, menjadikannya lapangan terbang ke-100 di India.
Lapangan Terbang Pakyong dikatakan antara yang tercantik kerana dibina di atas pergunungan Himalaya pada ketinggian 1,400 meter atau 4,593 kaki dikelilingi pemandangan kawasan pergunungan yang cantik!
Lapangan terbang berkeluasan 400 hektar ini mengambil masa 9 tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan keseluruhan termasuk terminal seluas 2,380 meter persegi yang boleh memuatkan 100 pelanggan, landasan sepanjang 1.7kilometer dan 30 meter lebar menelan belanja $68.7juta (RM2.85bilion) serta kos membersihkan gunung, menimbus terusan dan faktor hujan lebat.
