Skip to main content

Advertisement

Berita

Pemain Violin Wanita Mainkan Violin Ketika Doktor Bedah Otak Buang Ketumbuhan

pemain violin wanita mainkan violin ketika doktor bedah otak buang ketumbuhan

Dagmar Turner berusia 53 tahun merupakan seorang pemain violin professional yang telah disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian kanan ‘frontal lobe’.

Advertisement

Video pembedahan otak tersebut tular di sosial media oleh kerana pemain violin wanita sedang bermain violin ketika beberapa doktor sedang melakukan pembedahan otak.

Menurut CNN, difahamkan bahawa ketumbuhan itu terletak pada bahagian yang merangsdang pergerakan tangan kirinya dan itu amat penting untuk Dagmar sebagai seorang pemain violin.

Justeru, pakar bedah dari Hospital King’s College di London, Doktor Keyoumars Ashkan mendapat satu penyelesaian yang kreatif. Doktor Keyoumars mencadangkan bahawa Dagmar bermain violin ketika mereka menjalankan pembedahan tersebut untuk memastikan kebolehannya tidak terganggu atau rosak.

Dengan jayanya idea kreatif itu dijalankan dengan baik. Para doktor tersebut berjaya membuang 90% ketumbuhan tersebut tanpa merosakkan “motor skills” Dagmar.

Sumber: CNN

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda