Skip to main content

Advertisement

Berita

Pelajar UPNM Dipijak Tulang Rusuk, Polis Rakam Kenyataan Suspek

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila kes buli melibatkan pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sehingga retak tulang rusuk serta tulang belakang akibat dipijak senior telah tular pada 21 Oktober lalu.

pelajar upnm dipijak tulang rusuk, polis rakam kenyataan suspek

Susulan kejadian itu, polis merakam keterangan sembilan individu berhubung kejadian tersebut untuk siasatan lanjut.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, beliau memaklumkan keterangan suspek senior pula akan diambil pada petang ini.

“Setakat ini, ada sembilan rakaman percakapan telah diambil. Suspek dijangka diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras petang ini,” katanya kepada pemberita hari ini.

Memetik laporan Kosmo Online, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 8.40 malam, Jumaat lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.45 malam, 21 Oktober lalu ketika mangsa yang berusia 19 tahun berada di tepi padang kawad.

Ekoran kejadian itu, mangsa mengalami keretakan pada tulang rusuk dan tulang belakang akibat dipijak pelatih tahun tiga universiti sama.

Sumber: Kosmo Online
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda