Skip to main content

Advertisement

Berita

“Kesusahan juga antara penyebab utama saya berjaya”- Pelajar Terbaik STPM 2018

“kesusahan juga antara penyebab utama saya berjaya”- pelajar terbaik stpm 2018

Seorang anak penoreh getah dari Baling, Kedah, Muhammad Amin Mohd Rosdi, 20 telah terpilih sebagai pelajar cemerlang STPM bagi tahun 2018.

Advertisement

Dengan memperoleh keputusan PNGK 4.0, pelajar dari SMK Baling ini telah diraikan dalam satu Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik STPM 2018, di Seri Kembangan hari ini.

Muhammad Amin mengakui kesusahan keluarganya membuatkan dia bangkit demi membantu keluarga untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

 “Kesusahan bukan penghalang untuk kita berjaya, kalau orang cakap tidak boleh berjaya sebab susah ini semua auta.

“Sebenarnya, kesusahan juga antara penyebab utama untuk saya berjaya bagi mengubah nasib keluarga untuk bergelar seorang peguam,” katanya kepada Harian Metro

Sumber: Harian Metro

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda