Skip to main content

Advertisement

Berita

Perempuan Melayu Ini Antara Pegawai Perubatan Untuk Kelab Bola Sepak Liverpool

perempuan melayu ini antara pegawai perubatan untuk kelab bola sepak liverpool

Baru-baru ini sebuah video latihan pasukan Liverpool menarik perhatian para netizen apabila mereka terpandang akan seorang kelibat wanita bertudung bawal sedang memeriksa pemain kelab itu, Joe Gomez.

Advertisement

Setelah mencari, akhirnya identity wanita tersebut ditemui. Beliau ialah Aleah Mohammad merupakan seorang pelajar Doktor Falsafah PHD dalam bidang fisiologi kardiovaskular di Universiti Liverpool John Moores.

Beliau memulakan pengajian di sana sekitar tahun 2015 dan mula terlibat dalam ujian saringan kelab terkenal dunia itu.

Di dalam video berdurasi 10 minit itu, kelibat Aleah muncul ketika minit 5:10 saat. Walaupun hanya seketika namun kemunculannya menarik perhatian para netizen. Rata-rata daripada mereka memuji dan berbangga dengan pencapaian beliau.

Sumber: Siakap Keli

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda