Skip to main content

Advertisement

Berita

Gara-gara Menyanyi Note Tinggi, Paru-paru Lelaki Ini Runtuh

Seorang lelaki berusia 65 tahun telah diberi rawatan selepas paru-parunya didapati runtuh. Kejadian itu berlaku selepas lelaki itu menyanyikan lagu dengan note yang tinggi.

Dia berkata dadanya merasa sakit selepas menyanyi 10 lagu seara berturut-turut. Namun, awalnya dia tidak mengendahkan perkara tersebut.

Advertisement

“Saya sangat teruja menyanyi lagu dengan notes yang tinggi sehinggalah saya merasa sukar untuk bernafas.” Katanya.

Selepas pulang ke rumah, lelaki itu merasakan sakitnya bertambah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membuat pemeriksaan doktor.

Doktor mendapati paru-parunya telah diberi tekanan yang tinggi memandangkan dia berusaha keras untuk menyampaikan lagu dengan note yang tinggi.

Doktor menyatakan kejadian itu perkara yang biasa terutama sekali bagi golongan lelaki yangs udah mencapai usia pertengahan umur ataupun lebih tua. Tetapi jangan sesekali memandang remeh kerana kecederaan ini terbukti mampu memberi ancaman kepada nyawa.

Sumber: SCMP


 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda