
Selalunya, kalau hari terakhir kita bertugas di sesuatu tempat pasti akan ada sesi air mata atau gelak tawa. Ye lah nak tinggalkan rakan sekerja yang banyak membantu bukannya senang.
Advertisement
Tapi, seorang lelaki yang tidak dinyatakan namanya ini meraikan hari terakhir kerjanya dengan memakai kostum Spiderman.
Menurut gambar yang viral di media sosial, dia berkhidmat di sebuah syarikat di Brazil namun tidak dinyatakan secara spesifik di mana letaknya pejabat beliau.
Melihat gambar tersebut, kelihatan dia sedang mengendalikan komputer dan melakukan tugasnya yang terakhir dengan sut tersebut.
Gambar tersebut menjadi viral dan mendapat pelbagai respond dari warga media sosial.


Sumber: Daily Mail