Skip to main content

Advertisement

Berita

Pahang Akan Cuti Dua Hari Pada Hujung Bulan Ini Sempena Dua Peristiwa

Kerajaan Pahang mengumumkan dua hari kelepasan am bagi seluruh negeri itu pada 30 dan 31 Julai ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail cuti tersebut bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 30 Julai yang turut akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada hari yang sama.

Advertisement

"Memandangkan dua peristiwa yang berbeza jatuh pada hari yang sama, kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberikan hari kelepasan am pada kedua-dua hari berkenaan sebagai menandakan mustahaknya peristiwa itu," katanya dalam kenyataan media di sini, pada Selasa.

Wan Rosdy berkata perkara itu dipersetujui pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 12 Jun lalu.

Beliau juga  berpesan agar rakyat Pahang menghargai dan menggunakan cuti umum itu sebaiknya.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda