Kalau nampak kucing berwarna oren automatik kita akan memanggilnya oyen. Tapi kenapa kan setiap kali tengok video kucing buat hal mesti seekor oyen. Tapi kali ini, nampak gayanya ada seekor oyen berada dalam keadaan yang memerlukan bantuan.

Advertisement
Seekor oyen di Muar yang mencuri tumpuan netizen apabila dilihat terperangkap di dalam sebuah tong dalam keadaan banjir.
Seorang pengguna Twitter, @qillyusuf berkongsi foto seekor kucing berwarna oren ataupun sering disapa sebagai oyen oleh tatapan umum.
Muar banjir guys oyenn need help 🥺😂 pic.twitter.com/hZ8LGTORvz
— qilyusof (@qillyusof) July 13, 2020
“Muar banjir guys, oyen perlukan bantuan,” tulis pengguna tersebut.
Foto tersebut mendapat tumpuan orang ramai di internet. Malah, keadaan oyen itu menarik tumpuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang amat dikenali sebagai seorang pecinta kucing.
Mana oyenn???!!!
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 14, 2020
Saya otw🐈❤️
Dia boleh naik motorsikal sekali. https://t.co/BNALxkivaa pic.twitter.com/yE4e2HIx6P
Ramai netizen terhibur melihat nasib oyen dengan muka mengenang nasib ketika banjir.


Sumber: Twitter