Skip to main content

Advertisement

Berita

20,000 Biji Telur Diagihkan! QL Eggs Meriahkan Sambutan Hari Telur Sedunia Bersama Warga Astro

Sambutan Hari Telur Sedunia di Astro Bukit Jalil (AABC) berlangsung meriah apabila warga kerja Astro menerima agihan sebanyak 20,000 biji telur menerusi inisiatif istimewa bersama QL Eggs.

Berlangsung pada Jumaat di pintu masuk timur AABC, program yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu mendapat sambutan positif daripada warga kerja Astro yang hadir untuk membawa pulang bekalan telur berkhasiat buat diri sendiri dan keluarga.

Advertisement

Penganjuran ini bukan sahaja menceriakan suasana pagi di AABC, malah menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemakanan seimbang serta manfaat telur sebagai sumber nutrisi yang mudah didapati dan sesuai dinikmati dalam pelbagai hidangan harian.

Telur merupakan antara pilihan makanan yang versatil dan mudah disediakan, sekali gus menjadikannya pelengkap praktikal dalam diet seimbang bagi menyokong gaya hidup yang lebih sihat.

Inisiatif bersama QL Eggs ini turut mencerminkan komitmen jenama berkenaan untuk menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat menerusi pemakanan berkhasiat. Sempena sambutan Hari Telur Sedunia tahun ini, QL Eggs mengagihkan sebanyak 100,000 biji telur di seluruh negara bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia menikmati serta menghargai manfaat nutrisi telur dalam kehidupan seharian.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 20,000 biji telur dikhaskan buat warga kerja Astro sebagai sebahagian daripada usaha membawa kebaikan pemakanan terus kepada komuniti di tempat kerja.

Secara keseluruhannya, program ini berlangsung dengan lancar dalam suasana ceria dan penuh kemesraan, sekali gus menjadikan sambutan Hari Telur Sedunia di AABC satu pengalaman bermakna buat warga kerja Astro.

Menerusi kerjasama ini, Astro dan QL Eggs berharap agar usaha menggalakkan pemakanan berkhasiat dapat diteruskan, di samping menyemai kesedaran bahawa amalan pemakanan seimbang boleh bermula dengan pilihan mudah dalam kehidupan seharian.

QL Eggs, membawa kebaikan nutrisi untuk dinikmati bersama keluarga!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda