Skip to main content

Advertisement

Berita

[VIDEO] Sisa Manusia Jadi Santapan, Krisis Habitat Orangutan Aceh Memuncak

[video] sisa manusia jadi santapan, krisis habitat orangutan aceh memuncak

Sebuah pemandangan memilukan dari Aceh, Sumatera, sekali lagi membuka mata dunia terhadap krisis alam sekitar yang semakin meruncing. Seekor orangutan yang kelaparan dirakam sedang memakan sisa makanan manusia, dengan latar belakang hutan yang telah hangus terbakar dan ditarah secara rakus.

Advertisement

Haiwan liar yang biasanya hidup bebas di kanopi hutan ini kini terpaksa mencari makanan di kawasan manusia akibat kehilangan habitat. Pokok-pokok yang dahulu menjadi tempat tinggal dan sumber makanannya kini bertukar menjadi tunggul hitam akibat kebakaran dan pembalakan yang tidak terkawal.

 

 

Orangutan terkenal sebagai spesies yang bijak dan berhati-hati untuk menjauhi kawasan manusia. Namun apabila hutan yang menjadi rumah mereka musnah, pilihan yang ada semakin mengecil. Apa yang berlaku di Aceh menunjukkan tekanan ekstrem yang sedang dihadapi spesies ini.

Apabila seekor orangutan terpaksa makan sisa manusia untuk terus hidup, itu bukan hanya kisah sedih seekor haiwan, tetapi amaran keras  bahawa seluruh ekosistem sedang runtuh.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pembalakan haram, perluasan ladang dan kebakaran hutan telah menjadi ancaman terbesar kepada populasi orangutan Sumatera yang kini berada pada tahap terancam kritikal. Setiap hektar hutan yang hilang menolak mereka semakin hampir kepada kepupusan.

Jika pemuliharaan tidak dipertingkatkan dan pembasmian pembalakan tidak ditangani dengan tegas, kita mungkin akan kehilangan penghuni ikonik hutan tropika ini dalam masa terdekat.

Sumber: X (@AidaGreenbury)

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda