Skip to main content

Advertisement

Berita

Freedom Flotilla - “Orang Israel Pun Boleh Dapat Hidayah…"

freedom flotilla - “orang israel pun boleh dapat hidayah…’Foto: Tangkap  layar Instagram

Kisah seorang wanita kelahiran Israel yang kini bergelar Muslimah menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) x Thousand Madleens to Gaza (TMTG) mencetuskan rasa sebak dan kekaguman netizen.

Advertisement

Wanita berkenaan, Zohar Chamberlain Regev, yang juga orang kurang upaya, tular selepas video dirinya menunaikan solat dimuat naik di Instagram Ikram Johor.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by IKRAM Johor (@ikramjohor)

 

“Pernah menjadi ketua kapal Al-Awda ketika misi ke Gaza. Masya-Allah, hebatnya dia walaupun berkaki besi, tetap solat dan terus berjuang,” tulis seorang pengguna.

“Allahuakbar, sister… berkaki palsu pun sanggup berjuang. Semoga Allah memelihara anda,” komen individu lain.

“Rupanya orang Israel pun boleh dapat hidayah. Rahmat Allah sangat luas,” tulis seorang lagi.

Zohar dilahirkan dan dibesarkan di Kfar Hahoresh, Israel, sebelum berhijrah ketika berusia 34 tahun. Dia kehilangan sebelah kaki akibat kemalangan pada 2017 dan mengetuai kapal Al-Awda dalam misi flotila ke Gaza pada 2018 sebelum ditahan tentera Israel.

Beliau dilaporkan memeluk Islam pada 2021 dan kembali menyertai perjuangan kemanusiaan melalui kapal Conscience dalam misi tahun ini.

Kisahnya menjadi simbol bahawa hidayah Allah tidak terbatas pada bangsa atau asal-usul, malah mampu menyentuh hati sesiapa yang ikhlas mencari kebenaran.

Sumber: Instagram @zayan.my

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda