
Ais krim Malaysia 50 sen dan ikan masin RM2 sepaket, menjadi modal seorang orang kelainan upaya (OKU) meneruskan kelangsungan hidupnya. Dengan keuntungan yang tidak seberapa, antara RM5 hingga RM12 sehari, ia tidak pernah putus harapan dan mengeluh dengan nasib menimpa diri. Mohamad Ridzuan Khalid, 29 tahun berkata, selagi mampu bergerak, kudrat badannya itu akan dikerah untuk mencari rezeki sendiri.
Advertisement
Sekitar jam 3 petang, Mohamad Ridzuan, akan menyusun barang-barang jualan di dalam basikal tiga roda yang dimilikinya. Tanpa mempedulikan terik matahari, dia mengayuh basikal tiga roda sekitar lima belas kilometer dari rumahnya di Kampung Bukit Pinang, Pokok Sena sehingga ke Hutan Kampung, Alor Setar. “Hidup ni memang susah tetapi nak buat macam mana... takkan saya nak duduk di rumah sahaja. Kena usaha cari duit untuk tampung hidup. Hendak bagi mak lagi, beli barang keperluan harian lagi," katanya. Namun, jalan hidupnya dipermudahkan tuhan apabila menerima basikal roda tiga bernilai RM500 hasil sumbangan penduduk kampung.
Sumber : Astro Awani