
Seorang pemain ragbi kebangsaan New Zealand, Ofa Tu'ungafasi, dilaporkan telah memeluk Islam. Beliau yang berasal daripada Tonga juga mengikut jejak langkah rakan sepasukannya, Sonny Bill Williams untuk melawat mangsa tembakan yang berlaku di ChristChurch baru-baru ini.
Advertisement
Tu’ungafasi dan Williams meluangkan masa dengan mangsa di Hospital ChristChurch pada hari Jumaat yang lalu. Mereka bersalaman, mengambil gambar dan kedua-dua pemain ragbi itu memberi kata-kata semangat kepada semua mangsa yang terlinat.
Tu’ungafasi menyifatkan mereka yang terselamat dalam siri keganasan yang telah meragut 50 nyawa itu sebagai sumber inspirasnya dan mengharapkan mereka akan sembuh dengan cepat.
“Sesunggunya setiap kesusahan pasti hadir dengan kesenangan. Saya berpeluang merasai pengalaman yang menakjubkan apabila melawat saudara-saudara Muslim di hospital pada hujung minggu. Saya terinspirasi dan meraih kekuatan daripada anda semua. Semoga Yang Maha Berkuasa memberkati anda dengan kesembuhan.” Tulis Tu’ungafasi.
Sumber: ilmfeed dan aboutislam.net