
Baru-baru ini, melalui akaun Instagramnya pelakon Norman Hakim telah berkongsi tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bekas suami.
Advertisement
Dia telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan dia telah membayar nafkah kepada Memey Suhaiza dan juga Abby Abadi.
Norman turut memesan kepada kaum lelaki supaya jangan lupa untuk memberi nafkah kepada isteri biarpun mereka mempunyai pendapatan sendiri.
Paling membuatkan para netizen teruja apabila membaca balasan mesej daripada Abby Abadi yang merupakan bekas isteri Norman Hakim. Abby kelihatan sangat teruja dan mengucapkan terima kasih kepada Norman serta berdoa agar rezeki pelakon it uterus bertambah.
Netizen memuji tindakan Norman Hakim dan turut mendoakan kebahagiaan mereka.
Sumber: Instagram Norman Hakim