
Sukan gusti antara sukan yang ganas dan kasar. Agak pelik seandainya seorang gadis yang berhijab menyertai sukan seperti ini. Namun, serang hadis yang dikenali sebagai Nordiana membuktikan bahawa tiada apa yang pelik dan boleh menghalang wanita bertudung untuk menyertai sukan ini. Malah, beliau juga menjuarai pertandingan Malaysia Pro Wrestling- The Wresleconi.
Advertisement
Dalam laman Istagramnya nordianapw berkata, bahawa tiada siapa yang melihat apa yang beliau mampu lakukan.
“Dan kepada semua orang yang bertanya: Apa yang akan datang untuk Phoenix? Nah, untuk menjawabnya, ini hanya permulaan. Tiada siapa yang melihat apa yang Nor 'Phoenix' Diana mampu sepenuhnya. Terdapat juara baru. Ini adalah permulaan era baru,” kongsinya.
Diana yang berumur 19 tahun telah memecah rekod menjadi wanita tudung pertama Malaysia dan dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan gusti tersebut.
Kemenangan itu dipaparkan dalam satu video yang tular di media sosial, menunjukkan Nordiana bergusti sebelum diumum juara pertandingan setelah menewaskan lawannya.
Kemenangan yang diraih oleh Nordiana adalah yang pertama seumpamanya dan dikatakan kemenangan bertarar funia pertama selepas dia berjaya mengalahkan beberapa ahli gusti lelaki terbesar di negara ini.
Video tersebut juga dikongsikan seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Nimelesh dengan ciapan tanda pagar #WomensRevolution.
Nordiana turut mengucapkan penghargaan kepada jurulatihnya yang dikenali sebagai Ayez Shaukat Fonseka kerana mempercayai kebolehannya.
Sumber: Sinar Harian