Skip to main content

Advertisement

Berita

Kongsi Azam Ramadan Tahun Ini.. Nora Danish Tekad Perbaiki Cara Beribadah, Mahu Lebih Khusyuk Ketika Solat

kongsi azam ramadan tahun ini..  nora danish tekad perbaiki cara beribadah, mahu lebih khusyuk ketika solatFoto: Instagram

Pelakon, Nora Danish berkongsi sasaran peribadinya sepanjang Ramadan kali ini dengan memberi perhatian khusus terhadap cara dia melaksanakan ibadah, khususnya solat.

Advertisement

Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, dia sedang berusaha membentuk disiplin agar tidak lagi melaksanakan solat secara tergesa gesa.

Baginya, ibadah yang dilakukan dengan tenang dan penuh penghayatan jauh lebih bermakna berbanding sekadar menyempurnakan kewajipan harian.

“Apakah satu tabiat kecil yang anda cuba perbaiki pada Ramadan ini?

“Bagi saya, cuba memperlahankan dan tidak tergesa gesa menunaikan solat.

“Saya tidak mahu ia terasa seperti satu tugasan,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang reaksi positif dalam kalangan pengikutnya yang turut bersetuju bahawa kualiti dan kekhusyukan ketika beribadah perlu diberi keutamaan.

Selain itu, ramai juga mengambil peluang berkongsi azam masing masing sepanjang bulan mulia ini, termasuk berusaha menunaikan solat pada awal waktu, memperbanyakkan doa serta meluangkan lebih masa untuk berzikir sebagai langkah memperbaiki diri.

Sumber: Threads

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda